Ahmad Said menjawab soalan Hadi mengenai wang royalti pada persidangan DUN semalam.
Kerajaan negeri berharap rundingannya dengan Petronas mengenai tuntutan wang royalti untuk dikembalikan kepada Terengganu dapat dimuktamadkan pada Khamis ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ada dua perkara akan dirundingkan dengan Petronas pada hari itu, iaitu mengenai mengembalikan royalti kepada Terengganu dan meminta agar perjanjian asal dikekalkan.
Beliau berkata, semasa rundingan yang diadakan dahulu, Petronas meminta supaya perjanjian tersebut diubah sedikit dengan ditambah perkataan ”ex-gratia”.
Bagaimanapun katanya, kerajaan Terengganu tidak bersetuju dan draf perjanjian itu yang meletakkan perkataan ex-gratia, dan mengikut keputusan mesyuarat terakhir bulan lepas, Petronas telah menggugurkan perkataan itu.
Bagaimanapun, ada pula frasa lain yang dimasukkan yang tidak dipersetujui oleh kerajaan Terengganu.
Ahmad Said berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) yang bertanyakan mengenai hasil rundingan terkini berhubung isu tuntutan royalti petroleum antara kerajaan Terengganu dengan Kementerian Kewangan dan Petronas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Terengganu semalam.
Ahmad Said berkata, kerajaan negeri masih lagi meneruskan rundingan dengan Kementerian Kewangan, Petronas dan Jabatan Peguam Negara berhubung tuntutan royalti petroleum.

No comments:
Post a Comment