Tuesday, August 17, 2010

Ahmad Said Lawat Mangsa Simbah Asid

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda sambil diperhatikan ibunya Che Ku Zaimah Che Ku Awang yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 16 Ogos. - Utusan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam melawat keluarga malang yang cedera disimbah asid dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Kesemua mangsa, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, cedera di bahagian belakang badan manakala anaknya Nurul Dahyatul Fazlina Khalid, 8, dan Mohd Irfan Firdaus, 2, yang berasal dari Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, cedera di muka dan tangan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Turut cedera dalam kejadian itu ibu Che Ku Zaimah, Minah Omar, 56, namun warga emas itu hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Abdul Rahman Mokhtar mengiringi Menteri Besar melawat mangsa.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau amat kesal dengan perbuatan yang membabitkan anak kecil menjadi mangsa, apatah lagi perbuatan itu dipercayai dilakukan bapa kanak-kanak tersebut.

Sementara itu menurut doktor, keadaan Nurul Dahyatul Fazlina yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka akan mengambil masa antara dua dan tiga minggu lagi bagi menentukan penglihatannya.

"Mata Nurul Dahyatul masih baik. Bagaimanapun dia perlu ambil masa antara dua, tiga minggu lagi untuk menentukan penglihatannya," katanya yang enggan dikenali.

2 comments:

  1. nampak MB menitiskan airmata semalam di astro awani. mungkin hiba melihat nasib keluarga ini.

    ReplyDelete
  2. Apakah yang dipaparkan ini menunjukkan dadah adalah punca segala-galanya.Tak kan seorang bapa yang waras melakukannya. Kerana itu DADAH YANG DIANGGAP MUSUH NO 1 NEGARA perlu diperangi sehabis-habisnya. Anak muda tidak takut untuk merempit di Kota Bharu atau Kuala Terengganu kerana gejala dadah. Ambillah iktibar...

    ReplyDelete