Monday, August 16, 2010

Akaun Tabung Haji Untuk 1,000 Pelajar

Hishammudin menyampaikan cek RM2,000 kepada wakil sekolah untuk akaun Tabung Haji kepada 1000 orang pelajar Sekolah Menengah Seri Nilam semalam (15 Ogos 2010).

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam menyampaikan Dana Hari Raya kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam.

Turut Hadir ialah Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Penyampaian itu diadakan sempena majlis berbuka puasa bersama kakitangan kerajaan dan penduduk setempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam.

Pada majlis yang sama semalam, ialah penyerahan akaun Tabung Haji kepada 1,000 pelajar SMK Seri Nilam.

No comments:

Post a Comment