Keadaan angin kencang dengan kelajuan antara 40 dan 50km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter yang melanda perairan di utara Semenanjung kini dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata keadaan itu yang meliputi perairan Perlis, Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang adalah berbahaya kepada bot kecil dan kegiatan rekreasi laut.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang yang bertiup selaju 50-60km sejam di perairan Phuket, Thailand dengan ketinggian ombak mencecah 4.5 meter juga dijangka berterusan hingga Isnin.
Keadaan itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata jabatan tersebut juga meramalkan keadaan angin kencang dan laut bergelora melanda perairan Kelantan, Terengganu, Miri (Sarawak), Labuan, Sabah, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu dan Sulawesi bermula Jumaat ini sehingga Isnin.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh yang dijangka berlaku di perairan Sarawak (perairan Kuching, Sarikei, Mukah dan Bintulu), Sabah (kawasan pantai barat, Kudat dan Sandakan), Reef South, Palawan dan Sulu yang diramal berterusan sehingga lewat petang ini.
Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam serta keadaan laut yang bergelora membawa ombak setinggi 3.5 meter yang boleh membahayakan bot-bot kecil
No comments:
Post a Comment