Di hadapan orang ramai kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri itu mengatakan tidak apalah memanggil beliau sedemikian – bukan sekadar Datuk – kerana ‘gelaran’ itu akan datang juga.
Dr Abdullah bergurau sambil Ahmad Said tersenyum sahaja. Pada ucapannya selepas itu Ahmad Said langsung tidak menyentuh perkara itu. Diam seribu bahasa.
Ada yang terpingga-pingga dan ada yang turut tersenyum mengenai apa yang disebut oleh Dr Abdullah itu.
Yang tersenyum mungkin ada makna tersendiri. Mereka mungkin tahu apa yang dimaksudkan oleh Dr Abdullah itu.
Esok dikhabarkan ada Majlis Pengaugerahan Pingat Kebesaran Negeri di Istana Maziah. Sementara petang ini pula katanya, ada majlis Rehearsal Sempena Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri, juga di Istana Maziah.
Siapa akan hadir di majlis petang ini? Kalau hadir petang ini, pastinya mereka juga akan hadir esok.
Yang pasti Menteri Besar dan isteri perlu hadir di Istana Maziah pada majlis pengaugerahan itu esok.
Menteri Besar mungkin ditanya oleh wartawan pada sidang media selepas mesyuarat Exco tengah hari ini.
No comments:
Post a Comment