Sunday, August 8, 2010

Heret Saya Jika Ada Penyelewengan, Rasuah – Ahmad Said

SIDANG DUN TERENGGANU

(Berita Awal)Datuk Seri Ahmad Said hari ini mencabar Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS supaya membuat cabaran di luar persidangan DUN tentang berlakunya penyelewengan, rasuah serta salah guna peruntukan, termasuk aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maaysia (SPRM).

“Kalau merasakan ada penyelewengan, kita tak perlu syak-wasangka dan saya tidak akan lindungi sesiapa.

“Heret saya dan laporkan kepada SPRM jika saya melakukan pelewengan dan salah guna peruntukan,”tegas Menteri Besar itu sebagai reaksi kepada soalan tambahan kepada bebeberapa ADUN pembangkang.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menggulung perbahasan peruntukan tambahan bagi menampung perbelanjaan pentadbiran negeri yang usulnya dibawa oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman tengahari ini.

Sidang DUN disambung 2.30 petang tadi dan dijangka akan ditangguhkan jam 5 petang ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN hari ini dan esok mencadangkan usul membuat ketetapan meluluskan peruntukan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM157 juta.

Sidang DUN yang bersidang akhir tahun telah meluluskan Bajet 2010 melibatkan RM1.88 bilion.

Lima ADUN membahaskan usul berkenaan iaitu tiga daripda PAS dan dua daripada Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar tengah hari tadi seakan berang apabila ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beberapa kali cuba menghalang dewan daripada membahaskan usul berkenaan menggunakan peruntukan Fasal 60 Perkara 2 .

Yang DiPertua Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang terpaksa menangguhkan persidangan selama lima minit iaitu antara 12.45 dan 12/50 bagi menenangkan keadaan.

Apabila persidangan diteruskan Tengku Putera mengumumkan ketetapan dibuat bahawa fasal itu tidak kena mengena dengan pembentangan usul tetapi berkaitan perjalanan Rang Undang-Undang.

Isu ‘salah urus’wang kerajaan ditimbulkan pembangkang sebaik selepas pertanyaan mulut apabila Syed Azman membacakan usul tergempar mengikut peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 peraturan dan perintah tetap DUN Terenganu yang mahukan usul itu tidak dibahaskan langsung.

Bagaimanapun, usul beliau ditolak. Ketiga-tiga ADUN PAS, selain Dr Azman, Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam), ADUN Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Datuk Dr Harun Harun Taib mempertikaikan keperluan jumlah tambahan yang besar.

Mereka beranggapan ketika Bajet 2010 dibentang dan diluluskan tanpa mengambil kira kepentingan keseluruhan yang menyebabkan ada kekurangan yang perlu ditambah.

Ahmad Said berkata kerajaan negeri memerlukan tambahan perbelanjaan kerana kenaikan kos pembangunan selain aa projek baru yang perlu disegerakan.

Peruntukan tambahan itu dikatakan menjadikan Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung meluluskan bajet terbesar bagi 2010 iaitu sebanyak RM2.2 bilion.

ADUN pembangkang mebahaskan usul selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider semalam yang memetik Abdul Wahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, bajet Terengganu adalah yang tertinggi di Semenanjung.

Menurut Abdul Wahid, wakil-wakil rakyat dijangka akan membangkitkan peningkatan bajet melepasi RM2 bilion ketika wujud spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan.

“Ini satu jumlah yang tinggi bagi negeri seperti Terengganu, saya belum ada butiran, tetapi walaupun peruntukan meningkat tetapi rakyat masih miskin, tidak menikmati hasil projek” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terenggu dan ADUN Wakaf Mempelam dengan merujuk kepada kejadian beberapa projek awam rosak termasuk stadium runtuh.

Dalam pada itu, ADUN Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, “dengan tambahan peruntukan ini, saya merasakan ini kali pertama Terengganu merekodkan bajet paling tinggi dalam sejarah negeri.”

“Tambahan peruntukan bajet bermakna perbelanjaan kerajaan negeri juga semakin meningkat... ini cara kerajaan negeri menguruskan duit rakyat,” kata beliau yang juga bekas pegawai kerajaan negeri iaitu pada 2004.

“Permohonan perbekalan tambahan ini juga menunjukkan kerajaan negeri membuat perbelanjaan tanpa merancang, dengan harapan akan memperoleh peruntukan daripada pusat,” kata beliau.

“Sudah pasti kami akan mengemukakan soalan mengenai isu ini, yang menunjukkan kerajaan tiada perancangan rapi dalam soal perbelanjaan,” kata Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu ini.

Menteri Besar juga dijadual membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan Pelbagai Perkhidmatan yang bakal menambah bajet mengurus negeri RM63.2 juta.

No comments:

Post a Comment