Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat.
Muhyiddin berkata Abdul Hadi sudah pasti merujuk apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara walaupun kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah bertentangan dengan pendirian dalam pakatan pembangkang.
"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana beliau (Abdul Hadi) pasti merujuk apa yang ada di dalam perlembagaan di mana hak Melayu mesti dipertahankan.
"Tetapi, bila dirujuk dari segi DAP, nampaknya ada pertembungan dari segi pendirian di dalam pakatan pembangkang. Mereka (PAS dan DAP) tidak ada pendirian yang sama dan nampak ada perbezaan yang ketara," katanya.
Beliau menyatakannya selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kebangsaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pagoh semalam.
Semalam, Hadi yang ditemui pemberita di Marang, Terengganu berkata hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera itu perlu dikekalkan kerana majoriti penduduk miskin di negara ini adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat keistimewaan tersebut.
Hadi sebelum itu diminta mengulas cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno meminta rakyat supaya menilai pendirian yang diambil pakatan pembangkang sama ada pendirian yang dibawa mereka itu adalah sama ataupun berbeza-beza.
"Sukar untuk kita sebagai rakyat untuk menerima mereka (PAS dan DAP) kerana satu pihak menyanjung perlembagaan negara tetapi satu pihak lagi bertentangan dengan perlembagaan negara. Jadi, terserah kepada rakyat untuk menilai semua ini," katanyanya.

No comments:
Post a Comment