Kemeriahan Aidilfitri pada bulan depan mungkin bertukar suram kepada seorang kanak-kanak lelaki apabila sebelah matanya cedera terkena mercun bola dalam satu kejadian di Batu Enam, Kuala Terengganu kelmarin.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika ahli keluarga mangsa yang dikenal sebagai Irwan Mustaffa Abu Bakar sibuk membuat persiapan berbuka puasa di dapur.
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, insiden itu hanya disedari apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun itu masuk ke dapur dengan memegang mata kanannya.
“Ketika itu kami sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, manakala Irwan berseorangan di luar rumah dan sebelum ini dia tidak pernah bermain mercun,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur zahirah (HSNZ).
Menurutnya, selepas diperiksa mereka mendapati mata kanan mangsa mengalami pendarahan serius dipercayai terkena letupan mercun lalu kanak-kanak itu dihantar ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Saudara mangsa itu memberitahu, sehingga kini belum diketahui keadaan mata mangsa sama ada kecederaan yang dialaminya serius ataupun tidak.
“Apa yang saya lihat, kelopak mata mangsa sedikit terkoyak dan kami tidak pasti mengenai nasibnya selepas ini,” katanya.
Monday, August 23, 2010
Kemeriahan Aidilfitri Menjadi Suram...
Muhammad Irwan Mustaffa Abu Bakar,9 terlantar dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat cedera pada mata dipercayai terkena letupan mercun bola ketika umat Islam di negara ini sedang bersiap untuk berbuka puasa, 22 Ogos.
No comments:
Post a Comment