Thursday, August 19, 2010

Mydin rancang buka 14 lagi cawangan di seluruh negara

Mydin Mohamed Holdings Bhd. merancang membuka satu lagi cawangan di Terengganu.

Ia adalah antara 14 lagi cawangan di seluruh negara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.6 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata. syarikat itu telah membeli 14 bidang tanah bernilai RM165 juta di seluruh negara untuk membina pasar raya.

"Kami sedang mengkaji beberapa opsyen untuk membiayai pelan ini, seperti

dana janaan dalaman, pinjaman bank atau bina dan pajak," katanya kepada

pemberita selepas pelancaran Program Komuniti AmBank-MyKasih di Pasar Raya Mydin USJ Subang Jaya di sini hari ini.

Ameer Ali berkata, pasar raya baharu itu akan dibina di Kuching, Kota

Kinabalu, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Kota Baharu, Kuantan, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Seremban dan Kajang.

"Rancangan segera kami ialah untuk menambah 20 cawangan pasar mini tahun ini dan 50 lagi menjelang 2011," katanya.

Pada masa ini, Mydin mempunyai 57 cawangan di seluruh negara, termasuk empat pasar raya besar, 18 emporium, dua bazar, 24 pasar mini (MyMydin), tiga kedai kemudahan 24 jam (My Mart) dan enam francais (Mydin Mart).

Ameer Ali berkata, Mydin mengunjurkan jualan meningkat kepada RM1.6 bilion tahun ini daripada RM1.35 bilion tahun lepas, sejajar dengan peningkatan trend dalam ekonomi domestik.

"Apabila negara menjadi lebih sihat, ekonomi kita akan menunjukkan prestasi

yang lebih baik, dan menghasilkan jualan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata, operasi perniagaan Lembah Klang terus menyumbang kepada

pertumbuhan jualan yang lebih tinggi, disusuli Melaka.

No comments:

Post a Comment