
semalam.Sehubungan itu, katanya, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan telah diarahkan untuk mendakwa suspek terlibat di mahkamah sekiranya semua bukti telah diperoleh.
"Saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Terengganu bahawa mereka dah ada beberapa lead dalam kes ini.
"Oleh itu saya sudah minta mereka (polis) kalau dah cukup bukti dakwa mereka (individu
terlibat) di mahkamah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini, malam ini.Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam, Khairul Arif Ayob, 6, maut setelah tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter dan cedera parah di bahagian kepala.
Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki yang dikenalpasti sebagai Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Hishammuddin menyeru ibu bapa supaya turut memainkan peranan dengan mengawasi pergerakan anak-anak agar kes sedemikian tidak berulang.
"Saya menyeru kepada semua pihak supaya jangan ambil mudah perkara ini. Ini adalah satu insiden yang amat menyayat hati. Ibu bapa juga perlu main peranan dan tanggungjawab," katanya.
No comments:
Post a Comment