Tuesday, August 31, 2010

Polis kenal pasti enam lokasi maut di Besut

Sebanyak enam lokasi maut yang sering berlaku kemalangan jalan raya di kenal pasti di daerah ini.

Lokasi itu ialah kilometer 88-102 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu antara Kampung Anak Ikan ke Mak Sara Jerteh; kilometer 103-133 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu antara Kampung Seberang Jerteh hingga Kampung Bukit Yong; dan kilometer 1-15 Jalan antara Jerteh ke Kuala Besut.

Tiga lagi lokasi ialah Kilometer 1-19 Jalan Jerteh ke Bukit Puteri; kilometer 1-30 Jalan Jerteh ke Keruak, di Hulu Besut; dan kilometer 1-19 antara Jalan Kampung Raja ke Kampung Beting Lintang.

Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan-jalan itu kerana terdapat banyak kawasan kampung dan ternakan berkeliaran, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputis Superintendan Noor Zainy Md Noor.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata dalam tempoh Ops Sikap pada tahun lalu, sebanyak 68 kes kemalangan termasuk empat kemalangan maut dilaporkan di daerah itu.

Beliau berkata, anggota polis trafik akan membuat pemantauan statik bermula 1 hingga 14 Sept bagi memastikan pengguna jalan raya berhemah ketika memandu di kawasan terbabit.

No comments:

Post a Comment