Tuesday, August 31, 2010

Derma Darah Pada Ramadan

Sebahagian daripada jemaah Masjid Wakaf Tembesu menderma darah di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu menggerakkan program menderma darah di beberapa masjid di Kuala Terengganu sepanjang Ramadan ini.

Program dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengisi tabung darah ketika keperluan makin mendesak pada musim perayaan.

Apatah lagi pada musim ini orang ramai tidak begitu cenderung untuk menderma.

Yayasan itu dalam satu kenyataan memberitahu, program telah dijalankan di empat masjid iaitu di Masjid Pengadang Baru, Masjid At-Taqwa, Masjid Titian Baru dan Masjid Wakaf Tembesu melibatkan lebih 150 penderma.

Ia akan disusuli dengan beberapa masjid lagi pada bulan depan dengan sasaran jumlah penderma pada kadar yang sama.

No comments:

Post a Comment