
Ketua Pusat Kokurikulum Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Awang Koding Che Tom berkata, sepanjang 11 sesi program yang bermula 18 Julai dan berakhir 6 Ogos lalu itu berlangsung, seramai 1,970 pelajar baru UMT diberi peluang mempelajari kemahiran asas ketika berada di laut.
"Pelajar baru ini didedahkan dengan pelbagai pengetahuan termasuk berenang, memancing, memasang khemah, berkayak, dan aktiviti snokerling.

Peluang itu sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri memandangkan masih terdapat banyak lagi peninggalan orang hanyut di Pulau Bidong, katanya.
No comments:
Post a Comment