Siti Rajiah Ali menerima anugerah tertinggi dengan meraih RM37,000.
Persatuan sukan di Terengganu disaran mencari jurulatih dari luar negara untuk memantapkan lagi atlit sekaligus menjayakan hasrat negeri ini menjadi kuasa baru dalam bidang sukan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, masih ramai atlit dalam bidang sukan tertentu dilihat gagal mempamerkan aksi cemerlang setiap kali dalam pertandingan seperti kejohanan sukan dwi tahunan Sukma.
"Kita lihat masih banyak sukan yang tidak menyinar seperti memanah dan lain-lain jadi mereka boleh mendapatkan khidmat jurulatih dari luar negara jika perlu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif kemenangan sukan Terengganu di Sukma XIII Melaka 2010 dan berbuka puasa di Taman Tamadun Islam petang kelmarin.

Ahmad Said juga meminta persatuan sukan di negeri ini mula berusaha dari sekarang khususnya untuk menghadapi Sukma 2012 di Kuantan, Pahang dalam usaha untuk menjadi juara tiga tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, Menteri Besar itu turut mengingatkan para atlit supaya lebih berdisiplin dalam rutin latihan mereka kerana ia penting untuk mencapai kejayaan untuk sesebuah pasukan.
"Sebagaimana yang saya tegaskan, saya tidak boleh berkompromi dengan atlit tidak berdisiplin, dan mereka jangan tunjuk keras kepala" katanya.
Kenangan - meraikan kejayaan menjadi johan Sukma di Melaka.
Ahmad Said berkata untuk insentif ini, kerajaan negeri peruntukkan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada atlit-atlit yang berjaya dalam Sukma di Melaka.
Pemenang pingat emas menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 berbanding RM3,000 untuk emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa) sebelum ini.
Siti Rajiah Ali dari sukan kenu yang berjaya memenangi tujuh pingat emas dalam kejohanan itu baru-baru ini muncul sebagai atlit yang menerima anugerah tertinggi dengan meraih RM37,000.
No comments:
Post a Comment