Sunday, August 15, 2010

UniSZA anjur persidangan kesihatan 23-25 Oktober

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Persidangan Mengenai Kesihatan selama tiga hari bermula 23 Oktober ini di kampus universiti itu di Gong Badak.

Persidangan kali kedua itu merupakan anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan universiti berkenaan.

UniSZA sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Pegawai Perhubungan Awam UniSZA, Asmah Mustafa berkata, persidangan itu dijangka dihadiri kira-kira 300 peserta dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, sepanjang tiga hari persidangan itu berlangsung, seramai 17 penceramah akan membentangkan kertas kerja yang lebih berkisar tentang penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

"Terdapat 17 pembentang kertas kerja, termasuk seorang profesor terkenal dari London School of Hygiene And Tropical Medicine (LSHTM) iaitu Dr. Ricardo Uaay.

"Sementara para peserta pula dari terdiri daripada pakar diet, saintis, antropologi, ahli sosiologi, pembuat dasar, ahli teknologi makanan dan sebagainya," katanya.

Asmah berkata, objektif persidangan peringkat antarabangsa itu antara lain untuk menyediakan maklumat terkini berhubung penyelidikan dan elemen latihan mengenai pengambilan diet, gaya hidup sihat, fizikal, mental, spiritual serta faktor-faktor persekitaran.

No comments:

Post a Comment