Tuesday, August 17, 2010

YPK Bantu Tingkat Pendapatan Pendapatan Rakyat Miskin

Kerajaan Pusat memperuntukkan RM5 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) negeri Terengganu bagi meneruskan pelaksanaan program peningkatan pendapatan rakyat miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga kini seramai 536 orang golongan miskin tegar dan miskin yang tersenarai dalam data e-Kasih diberi bantuan dalam program itu.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan meraikan peserta program peningkatan pendapatan bersama Menteri Besar di Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad.

Ahmad Said berkata, bancian yang telah dijalankan kerajaan negeri sehingga pertengahan bulan ini, menunjukkan seramai 496 orang rakyat Terengganu dikategori miskin tegar manakala 564 lagi kategori miskin.

Sementara itu Yahya berkata YPK mensasarkan tiga kategori yang tidak terlibat dengan agensi lain iaitu mereka yang tidak mempunyai kerja tetap, penjaja dan pekerjaan lain.

Peserta yang terpilih itu akan dilatih dan diberi bantuan peralatan dan modal bagi melaksanakan perniagaan. Mereka juga dikehendaki mengikuti kursus atau bengkel berkaitan perniagaan dan perubahan sikap, katanya.

No comments:

Post a Comment