Tuesday, August 17, 2010

Haiwan Lebih Mulia Sayangkan Anak - Ahmad Said

Menteri Besar sebak melihat nasib yang menimpa anak dan ibunya yang disimbah asid ketika melawat mangsa semalam.


Hanya kerana gagal mendapatkan RM30 seorang bapa sanggup menyimbah asid dan mencederakan anak-anak dan isteri.

Walaupun pada fikiran kita ia sesuatu yang tidak masuk akal untuk dilakukan, apa lagi pada bulan suci Ramadan ini, bagi yang hilang akal, seseorang itu sanggup melakukannya.

“Saya tidak akan maafkan perbuatannya sampai bila-bila. Apa yang dilakukannya kepada saya dan anak terlalu kejam, “ demikian kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh suaminya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, awal pagi kelmarin

Malah, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, kini juga tidak sayangkan ayahnya lagi.

Che Ku Zaimah mengetahui suami menagih dadah sebelum mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu. Dia pernah menuntut cerai daripada suaminya.

Kejadian malang itu juga menyebabkan anak bongsu Che Ku Zaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 2, yang turut cedera di muka, sering menangis dan merengek kerana tidak dapat menyusu badan.

Ia berikutan Muhamad Irfan takut melihat keadaan diri dan wajah ibunya nya yang berubah akibat cedera disimbah cuka getah, sehingga anak kecil itu hanya diberi minum susu soya kotak.

Che Ku Zaimah hanya yang menangis melihat keadaan anak keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda yang cedera terukterkena simbahan asid, kini sudah boleh bercakap, tetapi keadaannya masih serius dengan muka membengkak dan tidak berupaya bercakap dengan baik.

Dia yang bekerja menjual sayur di pasar di Kuala Berang untuk menanggung keluarga, berkata suaminya sebelum ini seorang juruselam di Pelabuhan Klang, tetapi selepas terbabit kemalangan kira-kira setahun lalu di kampungnya di Hulu Terengganu, dia kini menganggur.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan semua mangsa, berkata beliau amat kesal dengan apa yang berlaku dan menyifatkan haiwan lebih mulia kerana sayangkan anak.

Katanya, peristiwa ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya seseorang individu itu mempunyai akal dan berfikiran waras.

Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu mangsa dengan mendapatkan rawatan sebaik mungkin dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi meringankan beban mereka.

Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud semalam meluang masa melawat mangsa simbahan asid di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini (16 Ogos).

"Diharapkan pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada suspek yang sememangnya tidak mempunyai hati perut dan sifat berperikemanusiaan,” katanya.

Polis sudah menahan seorang lelaki yang disyaki menyimbah cuka getah sehingga menyebabkan isteri serta dua anak dan ibu mentuanya cedera itu, selepas suspek keluar daripada kawasan persembunyian di Kampung Kuala Poh, Hulu Terengganu kira-kira jam 12.55 tengah hari semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata polis yang melancarkan gerakan memburu suspek berusia 32, sejak kelmarin, menerima maklumat mengenai tempat persembunyian suspek kira-kira jam 10.30 pagi semalam

1 comment:

  1. menitis airmata ahmad said kat astro awani semlm. sebak pulak aku.

    ReplyDelete