Sunday, September 5, 2010

67 Penarik Beca Di Terengganu Terima Sumbangan Raya

Seramai 67 penarik beca menerima sumbangan raya sebanyak RM300 seorang daripada kerajaan negeri Terengganu pagi semalam.

Sumbangan disampaikan Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada satu majlis di Dataran Shah Bandar di Kuala Terengganu.

Ahmad Said berkata kerajaan yakin nasib penarik beca akan berubah apabila sektor pelancongan di negeri itu semakin maju dan berharap mereka menjaga imej serta kebersihan kerana perlu berdepan dengan pelancong tempatan serta luar negara.

Beliau berkata kerajaan negeri juga yakin penarik beca mampu menjadi duta pelancongan, oleh itu, mereka perlu meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Terengganu akan memajukan kawasan Tasik Kenyir bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

"Kita akan menjadikan tasik buatan manusia Tasik Kenyir, sama seperti Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.

No comments:

Post a Comment