Thursday, September 2, 2010

Bantuan Khas Raya - Penjawat Awam Terengganu Dapat RM500

Ahmad Said mengumumkan bantuan khas Raya petang semalam.

Terima kasih kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said!

Menteri Besar itu mengumumkan seramai 14,000 penjawat awam negeri Terengganu akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri kali ini.

Beliau mengumumkannya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman, petang semalam.

Menteri Besar berkata, pembayaran tersebut yang melibatkan peruntukan kira-kira RM7 juta akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Mesyuarat Exco hari ini telah membincangkan perkara itu dan meluluskannya di mana bayaran akan dibuat sebelum hari raya atau minggu hadapan," katanya.

Katanya, bayaran itu dibuat mengikut langkah kerajaan pusat di mana lebih 1.24 juta penjawat awam kerajaan pusat dari gred 1 hingga 54 menerima bayaran bantuan khas itu semalam.

Melaka, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan turut mengumumkan bantuan dengan jumlah yang sama kepada kepada penjawat awam masing-masing.

Pulau Pinang pula membayar sebanyaki RM400.

No comments:

Post a Comment