Negeri-negeri di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan dijangka menyambut Aidilfitri dalam suasana hujan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata semalam keadaan itu disebabkan lebih banyak hujan dijangka berlaku di negeri-negeri terbabit pada bulan ini berbanding Ogos.
"Umumnya untuk tempoh dua minggu akan datang, hujan diramal pada sebelah pagi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala cuaca di tempat lain dijangka baik," katanya.
Bagaimanapun katanya, ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor pada sebelah petang, sementara beberapa kawasan di Terengganu dijangka mengalami hujan.
Selain itu katanya, Selat Melaka khususnya di sebelah utara juga dijangka mengalami ribut petir pada awal pagi.
"Keadaan angin kencang dan ombak tinggi ketika ribut petir ini boleh menyebabkan bahaya," katanya yang menasihatkan nelayan agar berhati-hati ketika cuaca itu berlaku.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.met.gov.my.
No comments:
Post a Comment