Saturday, September 4, 2010

Doktor Pakar Di Setiap Hospital Di Terengganu Dalam RMK-10

Setiap hospital daerah kecuali Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan Hospital Daerah Kemaman dijangka akan mendapat khidmat doktor pakar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata usaha bagi mendapat khidmat doktor pakar itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan dan telah dimasukkan dalam peruntukan RMK-10

Katanya antara pakar yang diperlukan untuk hospital-hospital daerah itu termasuk daripada doktor pakar asas dalam bidang sakit puan, perubatan kanak-kanak, pembedahan dan dalam bidang bius.

Dr A. Rahman berkata dengan perkembangan pertumbuhan penduduk sekarang, khidmat doktor pakar kini amat diperlukan di setiap hospital daerah dalam negeri ini.

"Serentak dengan itu setiap hospital daerah juga perlu ada dewan Unit Rawatan Rapi dan usaha telah dibuat untuk membuat permohonan dengan kerajaan," katanya selepas menyampaikan cenderamata Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit yang dirawat di Hospital Daerah Besut semalam.

Beliau berkata dengan ketiadaan khidmat doktor pakar di hospital-hospital daerah termasuk di Besut menyebabkan lebih 20 peratus daripada kes-kes berisiko terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan dan HSNZ.

Bagaimanapun katanya perkara itu telah mendapat rungutan daripada rakyat negeri ini terutamanya apabila membabitkan kes kelahiran berisiko terutamanya dari Besut terpaksa dirujuk ke HUSM yang menyebabkan anak yang dilahirkan di situ diberi taraf rakyat Kelantan.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berkata perkara itu kini telah mendapat perhatian utama oleh Kementerian Kesihatan yang telah meluluskan permohonan itu dalam RMK-10.

1 comment:

  1. Cer cek moleq...telinga ambr nie.teruk drj kemarin.doc. not excellent...just tslk n talk

    ReplyDelete