Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjangka dapat menarik pelabur-pelabur China ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khususnya untuk melabur dalam industri minyak dan gas, pertanian, pelancongan, pembuatan dan pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John, berkata ECERDC menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal untuk merangsang pelaburan dalam pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pendidikan dalam wilayah ekonomi itu.
ECERDC akan mempermudah pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam pelbagai industri yang ada untuk mereka melabur," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Wang Xiaochun, Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Sains, Industri, Perdagangan dan Teknologi Maklumat Perbandaran Shenzhen di Xiamen. China.
Pertemuan itu diadakan sempena dengan Pameran Antarabangsa Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT 2010) di Xiamen, yang bermula esok dan berakhir pada 11 September.
Perwakilan ECERDC diketuai oleh Ahli Majlis, Tan Sri Lee Shin Cheng, yang juga Pengerusi Eksekutif IOI Group.
Jebasingam berkata ECER yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor mempunyai prasarana yang baik, tanah yang banyak, sumber alam yang kaya serta modal insan yang berkualiti.
"Dengan lokasi strategik dan sokongan kukuh daripada kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan, ECER bersedia menjadi gerbang perdagangan dan industri utama.
"Ia juga menawarkan kepada pelabur laluan ke pasaran yang luas dan berkembang di Timur Jauh dan Asia Pasifik, dengan jumlah penduduk seramai empat bilion dan KDNK tergabung sebanyak AS$17 trilion," katanya.
Projek-projek ECER yang akan diperkenal semasa CIFIT 2010 termasuklah projek-projek pelancongan iaitu Pelancongan Pesisir Tanah Besar Pantai Sepat, Pelancongan Pesisir Tanah Besar Teluk Bidara, Pelancongan Pesisir Tanah Besar Cherating, Pelancongan Pesisir Tanah Besar Pantai Penarik dan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu.
Jebasingam berkata ECERDC juga menyasarkan untuk menarik minat pelabur terhadap Taman Polimer Kertih, Kompleks Perindustrian Petroleum PETRONAS (PPIC), Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng (GIPC) dan Taman Industri Minyak dan Gas Tanjung Agas.
Projek-projek pembuatan yang akan dipromosikan ialah Taman Perindustrian Automotif Pekan-Peramu, Taman Halal Gambang, Taman Halal Pasir Mas, Kelompok Perindustrian Minyak Sawit dan Bandaraya Pelabuhan Kuantan.
Projek-projek pertanian yang terbuka kepada pelabur di wilayah ini termasuklah taman pengeluaran ayam di Kelantan dan Pahang, pengeluaran ternakan di Terengganu dan Pahang, ladang nenas bersepadu Rompin, serta taman herba dan bioteknologi di Pahang dan Kelantan.
Dari segi pendidikan, Taman Ilmu di Terengganu dan Pusat ICT Terengganu akan diperkenalkan semasa CIFIT 2010.
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.