Thursday, September 2, 2010

Kilang Top IT Selamat Digunakan – Ahmad Said

Ahmad Said membaca laporan perakuan perunding mengenai keselamatan kilang Top IT pada sidang media semalam.

"Kerajaan negeri menyerahkan kepada pengurusan kilang itu untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan itu...juga mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang." - Ahmad Said

Semua tuduhan tidak benar!

PAS hanya merekakan cerita kerana melihat program E-Book mendapat sambutan dan menyentuh hati rakyat, termasuk penyokong PAS yang anak mereka turut menerima E-Book.

Kebimbangan PAS bahawa sebahagian penyokongnya mula tertarik dengan dasar kerajaan negeri menyebabkan mereka cuba membuat tuduhan liar untuk mencemarkan imej kerajaan dan Menteri Besar.

Yang nyata, Top IT Industries Sdn Bhd, kilang pemasangan e-Book untuk pelajar sekolah di negeri ini, diakui selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerjanya.

MB menjelaskan fakta-fakta salah yang dibuat oleh PAS mengenai kilang Top IT.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, perkara itu disahkan oleh juruperunding dan pembinaan kilang itu mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kilang itu hanya mengalami keretakan biasa pada dinding yang tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahamad Nawawi pada Khamis lepas bahawa kilang anak syarikat kerajaan negeri berharga RM12 juta itu tidak selamat kerana retak selain tidak ada sijil layak menduduki (CF).

Menteri Besar berkata: "Sekarang CF sudah tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan lagi tetapi oleh juruperunding dan mereka menyatakan bangunan itu selamat untuk digunakan".

Beliau menegaskan bahawa kilang berkenaan hanya berharga RM7.9 juta dan bukannya RM12juta seperti didakwa.

Oleh yang demikian, katanya kerajaan negeri menyerahkan kepada pengurusan kilang itu untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan itu.

Menteri Besar berkata beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang.

"Saya tidak faham mengapa Jabatan Audit telah memberi laporan berkenaan kepada pihak pembangkang jika ada berlaku perkara sedemikian. Apa tujuan Audit berbuat demikian seolah-olah hendak sabotaj kerajaan negeri dalam perkara ini?.

"Sepatutnya Audit memberi laporan terlebih dahulu kepada kerajaan sebelum mendedahkan kepada pihak lain jika ada sebarang perkara yang tidak kena berlaku," tegasnya.

Teganuku pada entri 31 Ogos 2010 (kelmarin) meminta pihak pengurusan Top IT bukan sekadar menafikan dakwaan pembangkang kononnya bangunan kilang itu yang terletak di Gong Badak tidak selamat digunakan berikutan berlaku keretakan, tetapi menyaman pihak yangh membuat dakwaan jika ia tidak benar.

Ini termasuk Dr Syed Azman yang membuat tuduhan berkenaan.

Pengerusi Top IT, Mohd Shafaruddin Mustaffa pada 30 Ogos 2010 menegaskan tuduhan bahawa bangunan itu akan runtuh adalah tidak berasas.

Ini kerana pihak perunding yang dilantik sebelum ini memberi jaminan kilang tersebut boleh beroperasi.

No comments:

Post a Comment