Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan menanggung s
egala perbelanjaan pelajar berkenaan untuk mengikuti kursus kemahiran tersebut."Kita mahu semua pelajar yang gagal dalam SPM memiliki kemahiran agar dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan," katanya selepas majlis penutupan Ekspo Pendidikan Terengganu 2010, di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya pelajar lepasan SPM akan diberi peluang mengikuti kursus kemahiran di pusat latihan di bawah kerajaan negeri dan mereka yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi pengecualian.
Menurutnya lebih 25,000 pelajar akan menduduki peperiksaan SPM di negeri itu pada tahun ini dan hampir 4,000 daripada mereka dijangka gagal berdasarkan keputusan percubaan baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment