Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap tuduhan melanggar seorang anggota polis pada bulan lalu.
Prosiding pendakwaan terhadap pelajar itu dijalankan secara tertutup.
Dia didakwa mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Aznika Mohd Anas membenarkan pelajar itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 November sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Insp Miky Dunstan Muda.
Dalam kejadian berkenaan, anggota polis itu patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala.
No comments:
Post a Comment