Kapal RV Discovery milik Universiti Malaysia Terengganu.
Kapal penyelidik RV Discovery milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijangka melakukan pelayaran dan ekspedisi saintifik pertamanya hujung tahun ini.
Naib Canselor UMT, Profesor Dr Aziz Deraman berkata pelayaran meredah Laut China Selatan dan berkemungkinan ke Pulau Langkawi atau ke Sarawak dan Sabah, akan disertai beberapa ahli sains.
Beliau berkata, ketika ini RV Discovery masih berada di dermaga pembinaannya Kay Marine, di Kuala Terengganu untuk persiapan terakhir sebelum diturunkan ke air dalam. Kapal RV Discovery atau nama penuhnya Research Vessel Discovery sepanjang 35 meter dan seberat 300 tan itu menelan kos RM13 juta, mula dibina pada September 2008.
"Dengan dilengkapi makmal kering dan basah serta bilik memproses segala data terkumpul, kapal ini akan meletakkan UMT sebagai universiti terulung dalam kajian oseanografi," katanya.
"Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar jurusan Sains Samudera, Biologi Marin, Sains Nautika, Pengangkutan Maritim serta Teknologi Maritim," katanya.
Kapal itu dilengkapi dengan peralatan terkini setanding dengan kapal penyelidikan dengan kemampuan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika pada satu-satu masa.

"Ia dilengkapi peta elektronik, alat bantuan perjalanan, pengukur kedalaman air, pengesan haba dan suhu air di samping alat dengar yang mampu berfungsi sejauh 30,000 meter di dasar laut," katanya.
RV Discovery boleh memuatkan 12 anak kapal dan 23 pelatih pada satu-satu masa dengan menyediakan kabin yang selesa.
Prof Dr Aziz berkata, UMT kini sedang membina pangkalan data tentang Oseanografi Laut China Selatan dan kertas kerja mengenainya akan dihantar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memastikan pangkalan data berkenaan selari dengan keperluan negara.

dah naik kapal tu dkt kay marine
ReplyDelete