Wednesday, September 8, 2010

Pemain Bola Sepak Sukma Terima Bonus Raya

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi bonus RM1,000 seorang bagi semua 22 pemain yang mewakili negeri itu ketika Sukan Malaysia di Melaka pada Jun lepas.

Yang Dipertuanya Datuk Che Mat Jusoh berkata bonus itu yang diberi dalam satu majlis di Kuala Terengganu semalam, adalah sebagai menghargai kejayaan pasukan yang muncul juara pada temasya tersebut selepas mengalahkan Selangor 0-1.

"Ini sebagai memenuhi janji PBSNT kepada pemain-pemain yang mana kita akan memberikan mereka bonus jika Terengganu berjaya muncul sebagai juara dalam kejohanan itu," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Sebelum ini para pemain terbabit telahpun menerima RM5,000 seorang menerusi skim ganjaran oleh kerajaan negeri.

Che Mat berkata bonus itu turut diberi kepada pegawai dan juga jurulatih pasukan berkenaan.

No comments:

Post a Comment