Tuesday, September 7, 2010

Pemuda PAS Buat Tuduhan Palsu, Fitnah

‘Skandal Atap Biru’ – Bahagian Pertama

Oleh Izzul Farhan Rafiqin

Boleh buat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kalau salah maklumat, terimalah padahnya.

Nampaknya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu juga tidak sedar mereka boleh di seret ke mahkamah kerana membuat laporan dan tuduhan palsu terhadap Kerajaan Negeri.

Aduan mengenai yang mana? Aduan yang dibuat berkaitan dua program kerajaan yang didakwa terlibat dengan ‘unsur-unsur penyelewengan dan salah urus’.

Ia membabitkan laporan kepada pihak SPRM berkenaan dua isu, satu projek (berkait dengan program) E-Book (dan) satu lagi projek atap biru, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Faizul bersama Penolongnya Ustaz Muhammad Khalil, selepas menyerahkan laporan kepada SPRM.

Pada 1 September 2010 lalu Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Wan Faizul Wan Abas menyerahkan laporan tersebut di pejabat SPRM Kuala Terengganu mengenai dua perkara tersebut.

Laporan bertajuk ‘Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000’ yang kemudian disiarkan melalui sebuah portal berita proPAS bukan sahaja menuduh Kerajaan Negeri tetapi syarikat yang mendapat kontrak membekalkan atap itu juga dituduh turut terbabit (Syarikat Hanya Hantar RM400,000).

Kita lupakan sekejab (akan diperkatakan dalam laporan akan datang) mengenai 'skandal E-Book.'

Kita fokuskan dulu kepada laporan berkaitan dengan apa yang Pemuda PAS panggil ‘skandal projek bantuan atap biru yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu’.

Ada beberapa perkara yang disebutkan dalam laporan itu:

1. "Sepatutnya (projek) atap biru ini diberikan kepada satu-satu syarikat secara tender terbuka, tetapi dibuat secara runding terus oleh pejabat Mnteri Besar yang bernilai RM1.392 juta."

2. Beliau (Wan Faizul?) yang juga bekas pegawai tadbir negeri Terengganu berkata, menurut peraturan sepatutnya satu-satu tender yang melebihi nilai RM500,000 mestilah ditawarkan secara tender terbuka.

3. Tindakan kerajaan negeri memberikan kontrak perbekalan atap biru kepada sebuah syarikat secara runding terus itu amat dicurigai ketelusannya. “Kita amat curiga terhadap projek ini yang dibrikan secara runding terus, lebih-lebih lagi projek ini apabila berjalan, atap biru yang sampai kepada rakyat sebanyak 7 treler sahaja, Kos nilaiannya (hanya) RM426,360.00 sedang projek bernilai RM1.392 juta.”

4. Meminta pihak SPR dapat membuat siasatan secara telus dan menyeluruh kerana ia melibatkan wang rakyat.

Bahagian Kedua esok - Syarikat Tiada Pengecualian Tender?

No comments:

Post a Comment