Thursday, September 2, 2010

Petronas beli kepentingan BP dalam 2 syarikat RM1.1b

Petronas membeli 15 peratus dan 60 peratus kepentingan milik BP dalam Ethylene Malaysia Sdn. Bhd. (EMSB) dan Polyethylene Malaysia Sdn. Bhd. (PEMSB) pada harga AS$363 juta (RM1.139 bilion).

EMSB memiliki loji ethylene dan PEMSB pula memiliki loji polyethylene yang terletak dalam Kompleks Industri Petroleum milik Petronas di Kertih, Terengganu.

Sebelum ini, kedua-duanya loji tersebut dikendalikan oleh syarikat minyak negara itu.

Di bawah perjanjian itu, Petronas akan membayar AS$363 juta itu secara tunai kepada BP, termasuk penyelarasan imbangan kira-kira sebanyak AS$13 juta (RM40.8 juta) dan pembayaran semula kepada pinjaman pemegang saham sebanyak AS$53 juta (RM166.4 juta).

Tertakluk kepada keadaan tertentu, kedua-dua pihak dijangka menyelesaikan transaksi pada akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pembelian itu membolehkan Petronas mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan olefin dan polyplefin di rantau ini.

''Kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan BP dalam kerjasama bertahun lamanya dan akan meneruskan kerjasama pada masa depan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

EMSB yang menghasilkan pengeluaran ethylene kira-kira 400,000 tan setahun.

Petronas kini memiliki kepentingan sebanyak 72.5 peratus dan BP sebanyak 15 peratus serta Idemitsu of Japan sebanyak 12.5 peratus.

BP yang menguasai 60 peratus dalam PEMSB dan bakinya oleh Petronas menghasilkan kapasiti polyethylene sebanyak 300,000 setahun.

No comments:

Post a Comment