Saturday, September 11, 2010

Sambutan Aidilfitri Bersama Perantau di Hotel Primula Hari Ini

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak pernah melupakan rakyat Terengganu di luar Terengganu.

Jika pada 28 Ogos 2010 lalu diadakan majlis Berbuka Puasa dengan Anak Terengganu di Lembah Kelang, pada hari raya kedua Aidifitri – hari ini - (Sabtu, 11 September 2010) diadakan pula majlis Aidilfitri bersama perantau di Hotel Primula Kuala Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perantau di Dewan Gamelan itu dijangka bermula 10 pagi dan dijangka berakhir 2.00 petang.

Tahun lalu sambutan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam tetapi tahun ini kembali semula ke Hotel Primula selepas kali terakhir diadakan pada Aidilfitri 2008.

Sebahagian penuntut mendengar penjelasan Menteri Besar mengenai beberapa isu membabitkan dasar pendidikan negeri Terengganu pada majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur 28 Ogos lalu.

Bagi perantau, inilah peluang untuk bertemu pemimpin Terengganu selain rakan dan kenalan yang lama terpisah.

Sudah pasti kali ini akan ada makanan tradisi, buah-buahan dan persembahan daripada artis lama dan baru berasal dari Terengganu, selain selingan ucapan, khsususnya mesej Hari Raya Menteri Besar sendiri.

Bagi perantau di Lembah Kelang, kedatangan Ramadan ini turut mengeratkan hubungan apabila diadakan majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Dan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Kuala Lumpur di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lebih 3,000 penuntut Terengganu di institusi pengajian tinggi di Lembah Kelang dan anak Terengganu dengan keluarga mereka hadir pada majlis itu.

Wakil persatuan anak Terengganu di pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menerima sebahagian sumbangan Kerajaan Negeri bagi menggerakkan aktiviti mereka daripada Menteri Besar.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabey Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi , Sains dan Teknologi, dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Haji Khazan bin Che Mat.

Walaupun ia ringkas tetapi dipenuhi dengan acara-acara yang cukup menggembirakan hadirin.

Mengambil peluang bergambar dengan Menteri Besar.

Selepas solat Maghrib, tetamu mengambil peluang untuk bermesra dan bergambar dengan Menteri Besar.

Ahmad Said pula mengambil peluang itu untuk mendekati penuntut institusi pengajian tinggi secara lebih dekat dan kemesraan beliau meninggalkan kesan mendalam kepada penuntut yang hadir.

Selain bergambar, beberapa penuntut mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa soalan bagi mendapatkan penjelasan spontan daripada Menteri Besar Terengganu berkenaan.

Ahmad Said menjawab soalan wartawan yang hadir pada majlis berbuka puasa dengan perantau.

No comments:

Post a Comment