Saturday, September 11, 2010

Sebut Semula Kes Buruh Mengaku Miliki Mercun 22 September

Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di sini, baru-baru ini mengaku salah di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, Khamis lalu, atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api.

Ayub Abd Rahman, 29, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Erman Che Mat.

Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di Kuala Terengganui, pada jam 3 petang, 22 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207), dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda yang menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh memakai baju T berwarna kuning dan berseluar denim yang diiringi isterinya, Kamariah Sufian, 25, merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan kekurangan wang, selain baru kematian anak.

Berikutan pengakuan itu, Mohd Erman kemudian menetapkan 22 September ini untuk sebutan kes dan membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM1,800.

Dalam kejadian itu, mayat Khairul tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun, meletup di Kampung Makam Lama, Chabang

No comments:

Post a Comment