Saturday, September 11, 2010

Rumah Tumpangan Kucing di Kuala Terengganu

Sebahagian daripada kucing-kucing milik pelanggan yang ditempatkan di Ming Yu Pets Station, Kuala Terengganu.
Setiap kali ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti ke luar negara, pastinya pemilik haiwan peliharaan resah memikirkan di mana mahu menempatkan haiwan belaan mereka agar tidak terbiar.

Namun di sini sudah terdapat sebuah pusat penjagaan di Jalan Gong Kapas iaitu Ming Yu Pets Station yang menyediakan perkhidmatan penempatan sementara haiwan peliharaan, terutamanya kucing.

Menurut pemiliknya, Chan Kooi Eng, 41, kedainya mampu menampung 20 sangkar pada satu-satu masa.

Katanya, bagi seekor kucing, sebanyak RM10 dicaj untuk sehari termasuk perkhidmatan pembersihan haiwan tersebut selain makanan dan minuman diberikan percuma.

"Setiap tahun kita menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

"Namun memandangkan tempat amat terhad jadi pelanggan perlu menempah lebih awal bagi mengelakkan kesulitan," katanya.

Kooi Eng atau lebih dikenali pelanggan dengan panggilan 'Kat' memberitahu bahawa perkhidmatan selain daripada rawatan veterinar tidak akan dicaj.

Ujarnya, jika haiwan berkenaan memerlukan rawatan ketika ia ditinggalkan di dalam jagaannya, dia akan menghubungi pemilik haiwan berkenaan sebelum mendapatkan rawatan lanjut di klinik haiwan.

"Kami menyediakan proses membersihkan haiwan ini termasuk memandikan dan mengorek telinga namun untuk rawatan lain seperti perlu menghantar ke klinik, kita akan mengenakan caj lain mengikut harga yang ditetapkan klinik," jelasnya.

Idea perkhidmatan yang telah dijalankan sejak empat tahun ini timbul apabila dia sendiri mengalami kesukaran untuk menempatkan haiwan peliharaannya ketika ingin bercuti ke luar negara.

Jelasnya, dia mula menjalankan perkhidmatan tersebut yang semakin menarik minat terutamanya golongan masyarakat Melayu memandangkan pusat haiwannya tidak menjual haiwan larangan bagi umat Islam seperti anjing.

"Di sini kita hanya menjual haiwan peliharaan seperti arnab, kucing, hamster, feret dan tupai.

"Justeru, orang Islam tidak perlu bimbang kerana haiwan peliharaan mereka lebih selesa menginap di pusat haiwan ini," ujarnya.

Bagi mereka yang berminat boleh mengunjungi kedai ini yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 8 malam atau boleh menghubungi Kat di talian 012 - 986 5525 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

7 comments:

  1. Saya sedang mencari klinik rawatan kucing sekitar kuala terengganu.boleh bg nombor telefon atau alamatnya?

    ReplyDelete
  2. sy perlu rawatan arnab yang terkena kurap

    ReplyDelete
  3. kat mane blh dptkan costume utk
    kucing..

    ReplyDelete
  4. Saya nk tinggal anak kucing utk 2/3 hr

    ReplyDelete
  5. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete