Wednesday, September 8, 2010

Syarikat Tiada Pengecualian Tender?

‘Skandal Atap Biru’ – Bahagian Kedua
Oleh Izzul Farhan Rafiqin


Seperti disebutkan dalam Bahagian Pertama semalam, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membuat aduan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek Atap Biru.

Ia memfitnah kerajaan negeri dengan mengatakan terlibat dengan ‘unsur-unsur penyelewengan dan salah urus’.

Menurut aduan itu:

1. "Sepatutnya (projek) atap biru ini diberikan kepada satu-satu syarikat secara tender terbuka, tetapi dibuat secara runding terus oleh pejabat Menteri Besar yang bernilai RM1.392 juta."

2. Beliau (Wan Faizul?) yang juga bekas pegawai tadbir negeri Terengganu berkata, menurut peraturan sepatutnya satu-satu tender yang melebihi nilai RM500,000 mestilah ditawarkan secara tender terbuka.


Berasaskan kepada dua aduan di atas ia membabitkan isu ‘tender terbuka’. Dewan Pemuda PAS mempersoalkan ‘rundingan terus’. Berikut adalah fakta sebenar mengenai perkara itu.

Program Bantuan Atap Biru kepada rakyat termiskin seluruh Terengganu diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) kali ke 7 Tahun 2008, iaitu pada 18 April 2008.

Siapakah yang hadir dalam mesyuarat itu selain Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri? Semestinya dua lagi pegawai tinggi iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

MKKN bersetuju meluluskan peruntukan segera sejumlah RM200,000 setiap kawasan DUN untuk membantu penduduk miskin di kawasan masing-masing untuk membaiki atap rumah.

MKKN juga bersetuju bahawa perolehan atap tersebut diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar.

Pada 16 Disember 2008, pembekal mengagakan rundingan dengan Menteri Besar Terengganu selaku pihak berkuasa kewangan negeri bagi tujuan bekalan ini.

Dalam minitnya kepada Pegawai Kewangan Negeri, Menteri Besar bersetuju memberikan pengecualian tender kepada syarikat ini.

Menurut jawapan kepada Jabatan Audit Negara Cawangan Kuala Terengganu, pengecualian itu dibuat kerana keperluan mendesak dan persetujuan harga sudah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pegawai Kewangan Negeri.

Pejabat Menteri Besar mengesahkan terdapat sumber peruntukan daripada peruntukan P0217902 (Program Pembangunan Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat – Pejabat MB dan SUK).

Syarikat Karisma Industries (M) Sdn Bhd dilantik bagi membekal atap jenis Marcolex Blue Carrogated Sheet sebanyak 30,045 keping bernilai RM1.33 juta bagi disumbangkan kepada rakyat miskin negeri Terengganu.

Apakah bentuk atap, saiz dan harga yang dipersetujui untuk dibelakkan?

a. Size 1067 mm x 6 kaki - 14,865 keping x RM26.40 (4.40 x 6 kaki) – RM392,436.00
b. Size 1067 mm x 8 kaki - 14,360 keping x RM35.20 (4.40 x 8 kaki) - RM505,472.00
c. Size 1067 mm x 10 kaki - 9,820 keping x RM44.00 (4.40x 10kaki) - RM432,080.00

Jumlah Keseluruhan – 39,045 keping RM1,329,988.00

Memandangkan projek ini memerlukan perlaksanaan segera kerana kepentingan penduduk miskin yang memerlukan atap sedemikian, ia dilaksanakan secara berperingkat. Menurut laporan Jabatan Audit Negara Cawangan Kuala Terengganu, penghantaran dibuat sebanyak 12 kali .

Penghantaran pertama dibuat pada 2 Januari 2009.

Memang benar penghantaran awal terpaksa dilakukan sebelum pengecualian tender didapati kerana program ini adalah keperluan mendesak. Pengecualian tender hanya dibuat pada 17 Februari 2009.

Tetapi Pegawai Kewangan Negeri pada 1 Mac 2009 meluluskan pengecualian tender bagi penghantaran atap berkenaan.

Ini disahkan oleh laporan Jabatan Audit Negara Cawangan Kuala Terengganu dan tidak timbul lagi isu syarikat berkenaan tidak mendapat pengecualian tender!

Ikuti Bahagian Ketiga esok - Benarkah Sampai Kepada Rakyat 7 Treler Sahaja?

No comments:

Post a Comment