Tuesday, September 21, 2010

Terengganu Kecundang Lagi, T-Team Tewaskan Felda United

T-Team menumpaskan Felda United 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dalam perlawanan kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia semalam.

Satu lagi pasukan kumpulan sama, Juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor terus menguasai kumpulan D selepas menang tipis 1-0 kepada Perlis di Stadium Shah Alam malam Isnin.

Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom pada minit ke-74.

Selangor yang masih berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, kini mengumpul sembilan mata.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Lumpur berjaya menumpaskan Terengganu dengan kemenangan tipis 1-0 bagi Kumpulan B.

Gol tunggal Kuala Lumpur dijaringkan oleh Azidan Sarudin (minit ke-63).Ini bermakna Terengganu kini berada pada kedudukan tercorot dalam kumpulan berkenaan.

Dalam kumpulan sama, Sabah menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Likas, Sabah.

Dua gol Sabah dijaringkan oleh Leopold Alfonso Otong (minit ke-72) dan Alto Linus (minit ke-80).

Dalam saingan kumpulan C pula, Kedah seri 1-1 kepada ATM pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pasukan Johor FC pula menewaskan Perak 2-0.

Dua gol kemenangan Johor FC dijaringkan oleh Mohd Khairul Ismail (minit ke-6) dan Mohd Hamzani Omar (minit ke-53).

Dalam perlawanan Kumpulan A, Negeri Sembilan menewaskan Selangor PKNS 2-1 di Stadium Majlis Bandaran Petaling Jaya.

Kelantan pula terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 kepada KL Plus pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Gol Kelantan disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin (minit ke-35 dan 60) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (minit ke-64), manakala tiga gol KL Plus dijaringkan oleh Azi Shahril (minit ke-52), Rusydee Samsudin (minit ke-90) dan Mohd Zaidi Ahmad (minit ke-90).

No comments:

Post a Comment