Tuesday, September 21, 2010

Terima Kasih Ahmad Said Kerana Bantuan Tanah Lot

Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin kawasan serta Pejabat Daerah Marang yang membantu merealisasikan impian penduduk kampung Kampung Tanah Lot Kubu.

Itulah yang diluahkan penduduk apabila seramai 199 penduduk kampung itu mendapat bantuan tanah lot kediaman tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanah Lot Kubu, Zainal Mohammad berkata, daripada jumlah itu, seramai 141 menerima bantuan bagi fasa pertama dan 58 lagi bagi fasa kedua.

Menurutnya, pembahagian tanah lot itu selesai Mac lalu bagi fasa pertama dan Julai lalu bagi fasa kedua. Manakala, bagi fasa ketiga dijangka akan selesai tidak lama lagi.

“Bagi fasa ketiga, agihan tanah kurniaan kerajaan ini membabitkan 150 lot tanah dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang masih belum mempunyai tanah kerana kami mahu melihat semua penduduk di sini mempunyai tanah serta memiliki rumah.

“Kita harap proses pembahagian tanah lot kediaman bagi fasa seterusnya ini dapat diselesaikan segera, bagi membolehkan penduduk kampung ini mempunyai tanah sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment