Thursday, October 21, 2010

Ahmad Said & Pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu


Bandar Kuala Terengganu juga akan diperindahkan lagi dengan terbinanya sebuah jambatan baru yang akan direalisasikan tidak lama lagi. Jambatan baru yang boleh dilipat akan dibina bagi menghubungkan Kampung Tanjung dan Seberang Takir, untuk memendekkan perjalanan dari pusat bandar raya ke Kuala Nerus terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (LTSM).

Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya bukan sekadar mempunyai bangunan kedai baru yang tersusun serta menarik.

Ia juga bukan sebuah bandar raya yang hanya dihiasi lampu dan jalan-jalan yang dinaiktaraf yang boleh menarik pelancong.

Visi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai Kuala Terengganu ialah,"Kita hendak bangunkan bandar Kuala Terengganu yang sebenarnya.".

Pada 2 Oktober lalu, berliau berkata Kerajaan negeri sedang berusaha merubah wajah Kuala Terengganu sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah ibu negeri.

Mulai tahun depan juga banyak projek pengindahan Bandar Raya Kuala Terengganu akan dijalankan termasuk memasang lampu hiasan di sepanjang tebing Sungai Terengganu dan Pulau Warisan yang kini menjadi destinasi pelancongan yang baru.

Kerajaan juga akan membina kedai, rumah kediaman serta bangunan lain dalam bandar itu supaya lebih selesa dan sedap mata memandang.

Selain perkara di atas, bandar Kuala Terengganu juga akan diperindahkan lagi dengan terbinanya sebuah jambatan baru yang akan direalisasikan tidak lama lagi.

Jambatan baru yang boleh dilipat akan dibina bagi menghubungkan Kampung Tanjung dan Seberang Takir, untuk memendekkan perjalanan dari pusat bandar raya ke Kuala Nerus terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (LTSM).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata jambatan yang boleh dibuka untuk laluan kapal masuk ke muara Sungai Terengganu dijangka membabitkan kos RM100 juta dan ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir.

Katanya, pembinaan jambatan baru itu dijangka dapat menjadi pemangkin kepada proses pembangunan semula perbandaran bandar raya ini yang sedang dilaksanakan.

"Peruntukan untuk membina jambatan itu sudah ada, tetapi kita tunggu persetujuan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) terlebih dulu," katanya pada menutup Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan kerja mendalamkan Sungai Terengganu hingga ke Kampung Buluh, Kuala Berang bagi membolehkan program 'river cruise' dari Taman Tamadun Islam (TTI) dan tapak penemuan batu bersurat yang merakamkan kemasukan Islam ke rantau ini.

"Pembangunan bandar Kuala Terengganu yang akan dilaksanakan kerajaan negeri juga sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah bandar raya pesisir air," katanya.

Katanya, sehubungan itu, kerajaan negeri membayar deposit sebanyak RM66 juta sebagai proses pengambilan balik tanah kepada Pejabat Tanah. Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyelesaikan pengambilan balik tanah di Ladang Tok Pelam dan bayaran pampasan kepada mereka terlibat sudah dibuat.

Katanya, penduduk terlibat dengan pengambilan balik tanah di kawasan berkenaan telah berpindah ke flat Ladang Gemilang, manakala rumah di kawasan itu dirobohkan.

Pengambilan balik tanah seterusnya ialah di Kampung Ladang sehingga Kampung Tanjung Astaka yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Berikutan itu, Pejabat Daerah Kuala Terengganu sedia bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan bandar raya ini terus hidup dan membangun secara sistematik serta teratur.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail (gambar kiri) berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bakal membantu membangunkan daerah Kuala Terengganu sebagai salah sebuah destinasi pilihan pelancong.

“Kita akan membantu MBKT melalui pembangunan terancang di bandar raya ini kerana ia dilihat menjadi satu mercu tanda kepada pelancong apabila berkunjung ke negeri ini, selain daerah lain,” katanya.

Menurutnya, selain pembangunan sistematik, pejabat daerah turut mempelbagaikan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Kita mahu menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah pusat yang mampu menawarkan pelbagai kemudahan dari aspek pelancongan dan kebudayaan, selain memberi keuntungan kepada penduduk,” katanya.

Pada Ogos lalu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang (gambar kanan) berkata Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah untuk mengindahkan bandar raya ini,’

Bagi memperindah dan menceriakan bandar raya ini, mercu tanda akan dibina di pintu-pintu masuk ke Bandaraya Kuala Terengganu iaitu Chendering, Padang Midin, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Batu Rakit.

MBKT juga membaik pulih landskap di jalan-jalan utama dan menaik taraf landskap sedia ada di Taman Bunga Raya dan Arca Piala Monsun berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, katanya.

"Taman-taman awam juga diberi penambahbaikan dengan penambahan pusat beriadah dan taman permainan bagi keselesaan orang ramai," katanya.

Adzlan berkata MBKT juga akan mempunyai bangunan sendiri setinggi 18 tingkat yang akan dibina di Muara Selatan Bandaraya Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Beliau berkata pembinaan menara MBKT itu akan dapat meningkatkan imej organisasi MBKT di samping dapat memberi keselesaan kepada warga kerjanya.

"MBKT juga merancang untuk membangunkan pusat perniagaan baru di Gong Badak yang akan melibatkan dua kawasan utama iaitu Metro Pacific dan Rimba Jaya. Ia juga boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Gong Badak," katanya.

Usaha juga dijalankan bagi mengatasi masalah kesesakan termasuk membina terminal bas bersepadu di pinggir bandar iaitu di Bukit Besar membabitkan peruntukan RM63 juta.

Ini sebagai tambahan kepada tempat letak kereta tiga tingkat dengan kapasiti 250 buah kenderaan bernilai RM9.8 juta di Batas Baru yang dijangka siap akhir tahun ini, katanya diKuala Terengganu, kelmarin.

Paling penting, selain pembangunan infra di bandar raya berkenaan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang dinaiktarafkan kepada lapangan terbang antarabangsa Kuala Terengganu akan menggerakkan lagi perhubungan udara.

Dengan adanya operasi penerbangan antarabangsa ke negeri ini ia akan menjadi pintu masuk utama pelancong ke Pantai Timur itu akan memberi tumpuan untuk menarik penerbangan dari rantau Asia Tenggara merangkumi Selatan China, Selatan Indo China dan Thailand.

"Kita akan berunding terlebih dahulu dengan pihak Malaysia Airport (MAB) dan DCA mengenai perkara itu. Kita harap pihak berkenaan dapat percepatkan kemasukan penerbangan antarabangsa ke sini (LTSM)," katanya.

Kerajaan negeri juga bergantung kepada hasil perbincangan antara kerajaan negeri dengan MAB dan DCA termasuk keperluan untuk menambah fasiliti sedia ada di LTSM.

Keupayaan LTSM dibuktikan dengan tujuh penerbangan membawa para jemaah haji terus dari negeri ini untuk menunaikan ibadat haji di Mekah.

"Sebenarnya, kita mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 10 penerbangan tetapi kerajaan Arab Saudi hanya meluluskan tujuh daripadanya," katanya

2 comments:

  1. buktikan kepada rakyat....rakyat satisfaction for ever

    ReplyDelete
  2. setakat ni nampak banyak yg dah terbukti.

    ReplyDelete