Saturday, October 23, 2010

DAP dakwa BN anti Islam


Anthony Loke berucap di majlis PAS di Setiu semalam.

Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook mendakwa Barisan Nasional (BN) anti Islam pada satu majlis dianjurkan PAS di Setiu, semalam.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.

"Bawah BN RM12 juta, bawah Pakatan Rakyat RM24 juta, kalau menurut peruntukan ini, siapa yang anti Islam? Yang anti Islam (adalah) Barisan Nasional,'jelasnya .

Beliau berkata DAP tidak mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam tetapi yang menjadikannya satu masalah adalah Umno kerana Umno semakin tertekan.

Berikutan itu, beliau menegaskan parti itu akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

berkata demikian dihadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 di Setiui semalam.

Turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Razak

"Pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,

"Agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya.

Katanya dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, Pakatan Rakyat telah menjadi satu kuasa yang benar-benar dapat mencabar Umnoi dan BN, yang tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment