Thursday, October 21, 2010

Pameran Haiwan Berbisa Di Muzium Terengganu Mulai 1 Nov

Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan Pameran Haiwan Berbisa mulai 1 Nov hingga 31Dis ini.

Pameran dengan kerjasama Pusat Racun Negara, Institut Kajian Perubatan Negara (IMR), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan beberapa agensi berkaitan akan berlangsung di Dewan Mandalika muzium itu.

Penolong Kurator-Perhubungan dan Pemasaran Lembaga Muzium Negeri Mohd Saberi Muda berkata pameran itu terbahagi kepada beberapa segmen iaitu reptilia darat berbisa (ular daratan) dan reptilia air berbisa (ular air).

Segmen lain yang turut diadakan ialah serangga berbisa (tebuan, lebah, penyengat), ikan berbisa (laut dan air tawar), kala jengking dan haiwan akuatik berbisa (obor-obor, landak laut, pari dan tetuka), katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata turut diadakan ialah pertunjukan ular, pameran tinggal bersama ular, kaedah rawatan haiwan berbisa dan spesimen awetan serta pertunjukan video.

No comments:

Post a Comment