Kesedaran untuk mempaten dan mendaftar cap dagangan di kalangan peniaga, termasuk di Terengganu dan Kelantan, terutama pengusaha Insutri Kecil dan Sederhanan (IKS) masih rendah.
Dianggarkan kurang 20 peratus daripada pengusaha IKS berbuat demikian.
Bagi tujuan itu, pihak berkuasa tempatan dan persatuan yang terlibat perlu membantu IKS mendaftarkan harta intelek mereka yang dikenali daripada sudut petunjuk geografiuntuk mengelakkan pihak lain mengaut untuk dengan mudah.
Ia seperti Keropok Losong, Tembaga Ladang, Batik Terengganu, dan Sampan Duyong di Terengganu, Kacang Sempalit, Halia Bentong (Pahang), manakala Budu Ketereh, Batik Kelantan, dan Perak Kelantan (Kelantan).
Setakat ini, hanya negeri Sabah dan Sarawak yang berbuat demikian dengan mendaftar Teh Sabah, Seewed Sabah, Lada Hitam Sarawak dan Beras Bario.
Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda dua akta berkaitan Akta Cap Dagangan dan paten dalam usaha untuk mempercepatkan dan memudahkan prosedur pendaftaran dua perkara itu.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa kini urusan untuk mendaftar cap dagangan dan paten mengambil masa yanga agak lama menyebabkan ramai peniaga terutama usahawan IKS kurang berminat untuk mendaftarkan perniagaan mereka.
"Pengusaha IKS mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal pembungkusan dan penjenamaan semula produk mereka tetapi popular mana produk itu sekalipun tidak bermakna jika produk mereka tidak dipaten dan didaftar dengan cap dagangan kerana ia terdedah unsur eksploitasi.
"Pihak lain boleh menciplak produk mereka dan mengaut untung dengan mudah dan pengusaha asal sendiri terdedah dengan kerugian jika sekiranya pihak kedua itu bertindak memfailkan saman ke atas mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kesedaran Harta Intelek IKS Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu semalam.
"Pada masa kini untuk mendaftar cap dagangan sahaja mengambil masa sehingga 24 bulan manakala bagi pendaftaran paten pula memakan masa sehingga 30 hingga 40 bulan dan ini merupakan satu tempoh yang agak lama.
"Sehubungan itu kementerian akan meminda dua akta tersebut dan dijangka akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat pada bulan ini," katanya.
Katanya, sekiranya pindaan itu diluluskan, proses pendaftaran cap dagangan hanya akan mengambil masa paling cepat antara tiga bulan hingga lapan bulan, manakala proses pendafataran paten pula hanya 18 bulan.
Menurutnya, jika berlaku ia akan meletakkan Malaysia di kalangan kelompok negara yang paling cepat memproses pendaftaran dua perkara tersebut mendahului negara Jepun, Korea dan Singapura.
Beliau berta dua lagi akta yang kini sedang dalam proses pindaan termasuk Akta Hak Cipta dan Akta Reka Bentuk Industri yang mana kini dokumennya berada di peringkat penelitian Peguam Negara.
No comments:
Post a Comment