Sunday, October 10, 2010

Guna Isu Ayah Pin Untuk Serang Ahmad Said

Apa punya spin bodoh dan tidak masuk akal!

Entri dalam sebuah laman proPAS ini kononnya nak sensasi tetapi lain pula jadinya.

Bukan sekadar tajuk mengelirukan isunya pun entah merayau sana sini tidak bertepatan dengan tajuk.

Saja nak sensasi apabila mengatakan “Kerajaan Ahmad Said Iktiraf Ayah Pin dan Ajaran Sesat ?

Kita kesian apabila tidak ada modal nak ‘pukul’Ahmad Said dan ambil sajalah apa yang ada – Ayah Pin pun Ayah Pin lah.

Menurut antihadhari92 pada entri 7 Oktober lalu, beliau menyatakan terkejutnya mengenai kepulangan semula Ayah Pin di Besut. Menurut beliau, Ayah Pin yang dikatakan telah lari dan bersembunyi di Selatan Thailand telah kembali bersama pengikutnya di Kampung Batu 13,Pasir Akar,Besut.


“Apa yang menariknya adalah mengenai dakwaan Ayah Pin bahawa pihak berkuasa negeri tidak menahan beliau kerana tidak mengancam keselamatan Negara,”.

Ternyata penulis ini pun turut percaya dengan apa yang dikatakan oleh Ayah Pin.

Tanya beliau: “Adakah benar dakwaan Ayah Pin itu?Jika benar,nampaknya malanglah penduduk negeri Terengganu.Pihak berkuasa merujuk kepada siapa?Mungkin polis dan MAIDAM.Jika benar pihak berkuasa mengatakan Ayah Pin tidak akan mengancam keselamatan negara,tekaan itu silap.Apakah kita tidak takut akan bala yang bakal ditimpa Allah sekiranya kita membiarkan perkara mungkar diteruskan di tempat kita?”

Lantas beliau mempersoalkan dan hairan bagaimana di kawasan Hulu Besut tiada langsung polis yang bertugas sehinggakan Ayah Pin boleh kembali ke rumah beliau.Kalau sekadar diam di rumahnya penulis masih boleh terima,malah ini sudah sampai satu tahap di mana dia boleh mengadakan ritual bersama pengikutnya!Itu belum dipersoalkan lagi bagaimana dia boleh tembus sempadan negara.Atau mungkin dia boleh ghaib?

Baginya, wartawan tersebut perlu diambil tindakan kerana perkara itu berlaku pada hari Isnin yang lalu tetapi mengapa berita ini baru tersebar?Mengapa polis tidak membuat tangkapan segera ke atas Ayah Pin?

Itu kata penulis di blog berkenaan tetapi di sebalik semua itu, sehari selepas laporan oleh Berita Harian itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan menolak laporan bahawa ketua ajaran sesat, Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya, pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran,” katanya selepas majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja.

Beliau mengulas mengenai laporan dua akhbar yang melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai “Kerajaan Langit” pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Amat jelas bahawa tuduhan terhadap Menteri Besar itu sengaja diada-adakan seolah-olah tiada isu yang mahu diadu-domba dan hanya isu Ayah Pin yang boleh 'memutar-belitkan' keyakinan rakyat Terengganu terhadap Ahmad Said.

Kesian dengan pembangkang yang ketandusan isu dan cara menyerang Menteri Besar!
Di sebalik itu mereka juga mempersoalkan keupayaan dan kredibiliti polis yang kononnya 'membiarkan gerakan Ayah Pin'muncul semula.

No comments:

Post a Comment