Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Terengganu bakal mengadakan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar dan pucuk pimpinan negeri sebelum akhir tahun ini.
Yang Dipertua PBTM Terengganu, Abdullah Che Muda berkata, perhimpunan ini bagi memberi peluang kepada bekas tentera untuk menunjukkan taat setia kepada pucuk pimpinan.
“Kita akan mengadakan perjumpaan secara rasmi bersama Menteri Besar bagi memperlihatkan kumpu-lan bekas tentera yang sudah bersara daripada perkhidma-tan kerajaan yang masih menyokong penuh kepimpinan yang ada sekarang,” katanya.
Menurutnya, himpunan raksasa bersama kepimpinan Kerajaan Negeri bakal menjadi satu landasan terbaik kepada bekas tentera untuk mengemukakan idea bernas dalam usaha mengekalkan keharmonian negara.
“Kita mengharapkan akan ada satu sinar yang boleh memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan ahli PBTM untuk sama-sama membangunkan Terengganu pada masa akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment