Juara bertahan Negeri Sembilan akan bertemu Johor FC sementara naib juara musim lepas, Kelantan akan menentang Kedah pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Rabu ini.
Pada perlawanan suku akhir kedua, Negeri Sembilan menumpaskan Perlis 3-1 menjadikan agregat 4-1, sementara Kedah membenam Terengganu 3-0 bagi agregat 5-2.
Kedah mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2, pada perlawanan di Stadium Darul Aman.
Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Barol Bakhtiar pada minit ke-60, Sabri Abu (minit ke-67) dan Khairil Muhymin (minit ke-82).
Johor FC walaupun tewas 1-2 kepada Pahang, tetapi kelebihan gol di tempat lawan apabila menewaskan lawan 1-0 di Stadium Pasir Gudang Selasa lalu membuka laluan kepada kelab itu untuk mara ke separuh akhir.
Kelantan pula layak ke separuh akhir apabila menjinakkan Selangor dengan agregat 3-0 selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V semalam.
Di KANGAR, Negeri Sembilan menumpaskan tuan rumah Perlis 3-1 untuk mara ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-1 pada perlawanan di Stadium Utama.
Negeri Sembilan memperoleh jaringan menerusi dua gol oleh Abdul Halim Zainal, masing-masing pada minit ke-23 dan 30, serta gol ketiga hasil jaringan Muhamad Syukor Adan pada minit ke-74.
Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Azrul Ahmad pada minit ke-89.
Di KUANTAN, Pahang menumpaskan Johor FC 2-1 tetapi gagal mara ke separuh akhir berikutan peraturan kelebihan gol di tempat lawan, selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.
Pada perlawanan suku akhir pertama, Johor berjaya memperoleh satu gol.
Johor yang mendapat bimbingan Mohd Azuan Mohd Zain mula membuka jaringan pada minit ke-52 menerusi rembatan Eddy Helmi Manan dari dalam kotak penalti.
Permainan agresif dipamerkan pasukan tuan rumah nyata membawa padah apabila pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Muhammad Syawal Norsam pada minit ke-60 selepas mengasari pemain lawan, Eddy Helmi.
Namun, semangat kental yang ditunjukkan Pahang berbaloi apabila berjaya menjaringkan dua gol menerusi Md Shahrizan Md Salleh dan Mohd Faizol Hussain pada minit ke-65 dan 68.
No comments:
Post a Comment