Wednesday, October 20, 2010

RM1j Hantar Petugas Tunai Haji

Ahmad Said bermesra dengan sebahagian bakal haji di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kelmarin.

Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi menghantar 100 petugas kerajaan negeri termasuk imam, bilal dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menunaikan fardhu haji tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pemilihan petugas untuk menunaikan fardhu haji bagi kali keempat itu dibuat berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka semasa menjalankan tugas.

"Mereka akan berlepas dengan penerbangan KT04 bersama 356 jemaah lain ke Madinah pada kira-kira pukul 8.05 malam ini," katanya ketika ditemui semasa meraikan pemergian jemaah haji di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kelmarin.

No comments:

Post a Comment