Monday, October 25, 2010

Sungai Hiliran Jadi Perintis di Terengganu

Kerajaan memperuntukkan RM1 juta setahun kepada setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S) yang bermula sejak 2004.

Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ong Siew Heng berkata di bawah program itu, sebatang sungai yang tercemar dipilih JPS negeri untuk dibersih dan dipulihkan.

“Objektif program 1N1S ialah untuk meningkatkan kualiti air dan memastikan ia bebas penyakit, membolehkan pengunjung mandi dengan selamat tanpa ditimpa apa-apa penyakit.

“Ia juga bertujuan memastikan sungai itu bebas daripada banjir dan sampah-sarap dan menjadikan kawasan sungai seperti alam semula jadi yang belum tercemar untuk menarik minat orang ramai mengunjunginya,” katanya selepas merasmikan program 1N1S di Taman Rekreasi JPS di Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurut beliau di negeri Terengganu, JPS telah memilih Sungai Hiliran di Kuala Terengganu sebagai projek perintisnya untuk membersih dan memastikan keadaan yang dulunya tercemar, pulih.

Sungai Hiliran merupakan salah satu cabang anak Sungai Terengganu, mempunyai jarak sepanjang 6.5 KM keseluruhannya dan ia mempunyai kawasan tadahan seluas 5.5 km persegi.

Sungai Hiliran ini bermula dari Kampung Hiliran Alor Jejawi dimana terletaknya Kuala Sungai Hiliran dan ianya berada di kawasan perbandaran Kuala Terengganu dengan melalui beberapa buah perkampungan sekitar Kuala Terengganu dan antara kampong yang di rentasi oleh sungai ini adalah Kampong Losong mempunyai jarak sepanjang 6.5 KM keseluruhannya.

Ia mempunyai kawasan tadahan seluas 5.5 km persegi. Sungai Hiliran ini bermula dari Kampung Hiliran Alor Jejawi dimana terletaknya Kuala Sungai Hiliran dan ianya berada di kawasan perbandaran Kuala Terengganu dengan melalui beberapa buah perkampungan sekitar Kuala Terengganu dan antara kampong yang di rentasi oleh sungai ini adalah Kampong Losong.

No comments:

Post a Comment