Wednesday, November 24, 2010

100 Peserta China Ambil Bahagian Kejohanan Memancing Di Tasik Kenyir

Seramai 100 peserta dari China akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Memancing Kenyir yang akan berlangsung selama lima hari bermula 7 Disember ini.

Kejohanan itu menawarkan hadiah berjumlah RM50,000.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Negeri Terengganu Zaini Sulaiman berkata, kejohanan anjuran kerajaan Terengganu itu melibatkan peserta dari Beijing, Shanghai, Hunan, Hong Kong, Macau dan Taiwan, manakala wakil media dari Stesen Televisyen Hunan, Beijing Fishing Channel, Stesen Radio Beijing dan Hunan Press akan membuat liputan dan laporan sepanjang kejohanan itu

No comments:

Post a Comment