Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata
"Jika banjir melanda lebih daripada satu daerah, Bilik Gerakan akan beroperasi 24 jam," katanya di Kuala Terengganu hari ini.
Dalam kejadian banjir semalam, seramai 85 penduduk tiga buah kampung di Besut dipindahkan ke pusat pemindahan setelah kawasan rumah mereka ditenggelami air ekoran hujan lebat sejak kelmarin.
Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Terengganu, berkata jangkaan Jabatan Meteorologi negeri, hujan tahun ini melebihi 40 peratus berbanding tahun lalu, berkemungkinan menyebabkan banjir lebih buruk berbanding tahun lalu.
Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan rendah supaya berhati-hati dan mematuhi arahan jika berlaku banjir selain tidak membiarkan anak-anak bermain air.
No comments:
Post a Comment