Tuesday, November 2, 2010

Tahniah Kepada Pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu

Tahniah kepada pemenang yang akan menerima hadiah kerana memenangi Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 anjuran kerajaan Terengganu melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM).

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan di Hotel Primula petang ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dijangka akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan menawarkan hadiah wang tunai RM69,000 itu bermula pada 21 April hingga 30 September lalu.

Promosi Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu turut diadakan di beberapa tempat seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu diketuai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Terengganu yang juga Pengarah UKOM, Rosli Zakaria (gambar kiri), bagi memeriahkan pertandingan itu.

Tujuan pertandingan ialah membawa mesej positif dan mampu menterjemahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu destinasi pelancongan utama dalam dan luar negara.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu pelajar tingkatan enam dan ke bawah, institut pengajian tinggi (IPT) dan terbuka.

“Bagi pelajar Tingkatan Enam ke bawah hadiah RM15,500 termasuk RM5,000 untuk pemenang utama ditawarkan.

“Kategori pelajar IPT RM21,500 termasuk RM7,000 hadiah utama dan terbuka menawarkan RM32,000 termasuk RM10,000 untuk pemenang utama,” katanya.

Peserta perlu menggunakan kepelbagaian kreativiti bagi mempromosi keindahan, sosio budaya, kesenian dan aktiviti yang ada di Terengganu.

No comments:

Post a Comment