Tuesday, November 2, 2010

Harga Minyak Petrol RON97 Naik?

Benarkah harga minyak petrol RON97 akan dinaikkan sebanyak 5 sen atau 2.4% menjadikan harganya RM2.15 seliter?

Sehingga jam 3.26 pagi ini, tiada sebarang kenyataan daripada kerajaan dibuat mengenai kenaikan itu.

Namun ada blog yang mengatakan pengedar petrol berkata mereka terpaksa menaikkan harga premium gred RON97 sebanyak 5 sen bermula esok (hari ini?).

Ini memandangkan kerajaan tidak memberikan subsidi kepada petrol jenis itu. Oleh kerana harga minyak dunia telah meningkat, harga petrol juga perlu diselaraskan.

Itu yang dikatakan oleh Hashim Othman, presiden Persatuan Pengedar-Pengedar Petrol Malaysia.

Bagaimanapun peningkatan harga tersebut tidak akan berlaku kepada RON 95.
Peningkatan harga tersebut juga merupakan kesan daripada pemotongan subsidi kerajaan yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit belanjawan negara.
Kita tunggu saja pengumuman kerajaan.

No comments:

Post a Comment