Wednesday, November 10, 2010

MAIDAM Turun Ke Pasar Malam

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menjalankan aktiviti promosi di Pasar Minggu Chukai baru-baru ini (25 Oktober 2010).

Promosi tersebut diadakan bagi memberi penerangan kepada pengunjung serta peniaga pasar terbabit berkaitan dengan Zakat, Wakaf Tunai serta Gadaian Islam (Ar-Rahnu).

Ini adalah rentetan daripada aktiviti yang sama yang telah dijalankan di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu baru-baru ini.

Promosi ini adalah berkonsepkan MAIDAM Bersama Masyarakat di mana segala produk-produk perkhidmatan MAIDAM akan diberi penerangan kepada orang ramai supaya mereka menyedari tentang bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIDAM dan seterusnya dapat membantu menjana ekonomi umat Islam di Terengganu melalui produk perkhidmatan berkenaan.

Selain itu, sudah tiba masanya MAIDAM mengadakan kaunter penerangan di tempat-tempat tumpuan awam supaya orang ramai dapat mengetahui segala info yang berkaitan perkhidmatan terbabit tanpa perlu datang ke pejabat MAIDAM.

Ini juga adalah salah satu usaha MAIDAM untuk memberi kempen kepada orang ramai selain untuk menyedarkan tanggungjawab membayar zakat dan menggunakan perkhidmatan gadaian berteraskan syara', ianya juga memberi peluang untuk orang ramai beramal melalui wakaf tunai.

Dimaklumkan juga, promosi yang seumpama ini turut akan dijalankan di Pasar Minggu Sura Gate, Dungun pada 4 November ini dan diikuti Pasar Tani Kampung Baru Kerteh pada 5 November bagi berjumpa dengan masyarakat di sana.

http://maidam.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment