Pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) yang mengendalikan ‘river cruise’ untuk mengelilingi sungai Terengganu akan menghentikan sementara operasi pada waktu malam sepanjang musim tengkujuh.
Pengarah Urusan TTI, Engku Md Azmi Abdul Rahman (gambar kanan) berkata, ia bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bot itu.
“Namun, pada waktu siang, operasi bot berlangsung seperti biasa tapi bergantung pada keadaan cuaca dan laut sama ada berbahaya atau tidak diteruskan,” katanya.
Menurutnya, jika terdapat permintaan daripada pelancong untuk menaiki ‘river cruise’ sedangkan pada masa sama cuaca tidak mengizinkan, TTI tidak akan menimbangkannya biarpun aspek keselamatan dititikberatkan seperti pemakaian jaket keselamatan.
“Bagi operasi musim ini, hanya tiga bot besar dibenarkan beroperasi membawa orang ramai mengelilingi Sungai Terengganu dan bot kecil tidak digunakan buat sementara,” katanya.
No comments:
Post a Comment